Laut yang tenang dan membiru menjadi tempat tinggal istimewa untuk pelbagai hidupan marin. Pada suatu hari, ketika sedang seronok bermain bersama-sama kawannya, iaitu seekor kopepod bernama Kaori, Sally Si Salpa menerima panggilan daripada neneknya. “Sally, marilah ke rumah nenek. Nenek ada buat biskut rumpai laut kegemaran Sally.” Mari ikuti Sally dan Kaori ke rumah nenek kerana sepanjang perjalanan, adik-adik akan terpesona dengan beberapa fakta menarik yang seronok untuk dipelajari. Di samping itu, adik-adik juga akan tahu cabaran yang selalu dialami oleh hidupan marin di dalam laut.