Description

PUCCI PINK UNTUK IBU

Pucci Pink untuk Ibu merupakan siri Ana Novela yang memuatkan cerpen-cerpen bertemakan persahabatan dan juga kekeluargaan. Antara kisah-kisah menarik yang terdapat dalam buku ini ialah:

Mana Duit Ana?
Banyaknya Makanan..
Mana Buku Ana?
Idah Menyesal
Terima Kasih Ana
Mas Pembuli?
Memang Salah Man!
Ana keluar dari kedai itu dengan membimbit sebuah plastik. Wajahnya sungguh ceria. Ana tidak sabar hendak sampai ke kereta Pak Longnya. Dalam masa yang sama, wajah ibu menghiasi tubir matanya. Ana tersenyum. Ini untuk ibu! Detik hati kecilnya. Tiba-tiba…Bummmm!!! Beg plastik yang dipegang Ana tercampak ke tepi jalan. Ana rebah. “Kak Anaaaa!!!!!” Im dan Man meraung saat melihat tubuh Ana terbaring kaku di atas jalan!

Title : Pucci Pink Untuk Ibu
Siri Ana Muslim Novel
Isbn : 9789674493776
Format : Book
Pages : 128
Book size : 19cm x 12cm
Category : Novel