Lubuk Likuf diserang sekumpulan manusia. Ikan – ikan di situ terancam. Kaka dan Korda mengarahkan sekalian ikan mudik ke hulu untuk menyelamatkan diri. Namun begitu, Pali, ketua ikan  telah membangkang cadangan tersebut. Pali tetap tidak mahu berganjak dari situ. Pali memaksa semua ikan, termasuklah anak – anaknya mengikut arahannya tetapi semua ikan tetap meneruskan niat untuk bergerak dari situ menyelamatkan diri. Adakah Pali menyelamatkan dirinya ?