Nomi cedera dan disingkirkan daripada kumpulannya oleh kawan baiknya, Epi. Oleh sebab kecedaraanya, Nomi tidak dapat membantu kumpulannya mengumpulkan padi sebagai bekalan makanan pada musim hujan. Semasa Nomi berjalan sendirian di hutan, Nomi terdengar jeritan meminta tolong. Nomi mendapati seekor burung tiung telah terkena perangkap. Nomi membantu burung tiung melepaskan diri dan akhirnya mereka berkawan baik.