Description

Sejak hantu itu muncul, kami tak berani keluar malam lagi. Rupa hantu itu memang menyeramkan. Penuh bulu dengan mata yang merah. Tak ubah macam… Mawas gergasi!” ucap Mira dengan wajah yang ketakutan. Berkurung! Itulah langkah terakhir yang boleh penduduk kampung Bukit Irau itu lakukan apabila tibanya waktu malam. Tambah-tambah lagi apabila jam menunjukkan pukul tiga pagi. Ada yang memanggilnya mawas gergasi. Ada juga yang memanggilnya Hantu Jarang Gigi. Apapun gelaran hantu itu, ia tetap menimbulkan mistik menjelangnya pukul tiga pagi. Apa yang diburu oleh hantu yang tidak berwajah itu? Mampukah Detektif Hijabista menyelesaikan kes penuh misteri ini?