Description

Sinopsis

Naila, seorang gadis yang bersifat tenang dan bijak dalam menyelesaikan teka-teki telah menerima sepucuk surat daripada lelaki misteri bertopeng musang bernama Calypso. Surat itu mengandungi dua keping gambar dan kod rahsia untuk dirungkaikan seolah-olah memberi amaran dan arahan agar Naila mencari kebenaran di sebalik tragedi kebakaran kilang Marionette yang berlaku 10 tahun yang lepas.

 

Semakin banyak persoalan yang berjaya diselesaikan oleh Naila dan rakan-rakannya yang lain, semakin mereka mengerti akan sikap penjenayah licik Calypso yang tidak teragak-agak untuk meletakkan nyawa mereka yang tidak bersalah sebagai pertaruhan teka-teki yang diciptanya.