Description

Snopsis

Kisah dua pelajar, Jefri dan Syuib yang suka mengusik para pelajar asrama dengan menjadi hantu. Disebabkan cuti sekolah mereka dibekukan kerana bakal mengambil SPM, Jefri dan Syuib merancang untuk menjadikan asrama mereka seolah-olah benar-benar berhantu dan seterusnya mendapat cuti dari pihak sekolah. Namun perancangan mereka berdua gagal kerana tertangkap oleh warden dan telah dijatuhkan hukuman.

Ketakutan Jefri dan Syuib bermula apabila Asrama yang tenang tiba-tiba digemparkan dengan gangguan yang menyeramkan. Lebih menakutkan, mereka berdua yang selama ini gemar menyakat mula diganggu dengan jelmaan hantu sehingga mereka berdua terpaksa merayu kepada warden untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Keadaan bertambah parah apabila berlakunya kejadian histeria di dewan makan sehinggkan melibatkan mereka berdua. Namun kejadian itu adalah rancangan adik adik junior yang mahu membalas kembali perbuatan Jefri dan Syuib yang selama ini telah menakutkan mereka dengan hantu olok-olok.