Description

Sinopsis :

“Iqram, bunyi apa tu?” soal Krishna.
“Pedulikan! Teruskan berjalan!” tegas Iqram.
Walaupun hatinya was-was dengan bunyi tersebut, dia tetap mahu meneruskan langkahnya.
Kreeekkkk!! “Iqram… Aku takut…” luah Krishna apabila dia berasakan bunyi tersebut telah mengancam dirinya. “Pedulikan!” Kreeekkk!! Roooaaarrrr….
“Iqram, apa tu!” jerit Krishna sebaik ternampak sesuatu di hadapan mereka. Langkah mereka terhenti.
Rooaaarrrr… Maka serentak dengan itu… “Arrrrghhhhh….” jerit mereka serentak lalu berpatah balik. Iqram, Jason dan Krishna tidak menoleh ke belakang lagi. Mereka berlari sekuat hati.
“Iqram, tu… Tu… Mu… Mu… Mumia… Mumia kan? soal Jason dengan suara terputus-putus kerana berlari.

Descriptions:

Title:  Jerat Piramid Lembah Gwyneth
ISBN : 9789674032074

Format : Book
Pages :124
Category : Novel

L : 23C