Description

Kata Aku :

“Bila pakai tudung, rambut rasa gatal-gatal. Argh! Rimassss… Panas… Melekit!”

Kata Mama Pula :

“Bila kita nak buat sesuatu, kenalah

niat kerana Allah. Bukan sebab orang lain. Apatah lagi, apabila melibatkan ibadah kepada Allah.”

Eh, Abang Long  pun ada pesan lah :

“Pakai tudung dah cantik dah. Tapi, banyaknya Sawda pakai minyak wangi. Perempuan kan tak boleh pakai wangi-wangian secara kerterlaluan?”

Dan kata Allah pula :

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka melabuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(Surah al Ahzab : 59)