Description

Title : Fake
Author : Ain Maisarah
Sinopsis

APA? Shasha perlu pindah sekolah ke Vietnam? Walaupun hanya beberapa bulan, berita itu cukup meresahkan kesemua ahli The Wannababes, kumpulan pelajar paling popular dan berkuasa di Sri Bangsar. Paling terkesan, tentulah teraju utamanya, Fasharina Tan Sri Hisham.

Aktiviti membeli belah jadi tidak kena. Sesi gosip hiburan pun hambar terasa. Fasha betul-betul hilang pembantu paling setia!

Melihatkan hal itu, Fazura mula mencucuk jarum. Manalah tahu, dia dapat jadi pengganti Shasha sebagai ahli kehormat nombor dua paling berkuasa. Namun, lain dirancang, lain pula yang datang. Fasha mahu serap ahli baru dalam The Wannababes sebagai pemangku Shasha! Walaupun Fazura menentang hebat, namun keputusan sudah muktamad.

Ujibakat pencarian ahli baru diadakan, calon paling layak dimahkotakan. Izrina Amanda tampil begitu sempurna. Pengganti Shasha itu memang betul-betul mempunyai aura. Pun begitu, terlalu banyak misteri yang menyelubungi. Membuatkan Fazura tidak senang hati dan duduk berdiam diri.

Siapakah sebenarnya Izrina Amanda? Sejauh manakah kehebatannya sehingga layak mendampingi Fasha? Ikuti segalanya dalam FAKE.