Description

Titel : Diva Meow

Inilah kisah yang amat unik. Menceritakan tentang apakah yang akan terjadi jika kucing dipilih mewarisi harta jutaan ringgit? Apabila kucing sudah sekaya itu… tentulah tidak lagi diberi makan ikan kembung rebus, tetapi tuna mahal jadi santapan. Tempat tidur gebu… bertilam tebal dan berkatil jenis divan. Kucing ini juga dipakaikan tiara dan perhiasan mahal… laksana diva sebenar!

Segala kehebatan itu menyuntik rasa cemburu kepada individu-individu di sekeliling yang tamakkan harta kekayaan. Maka timbul satu perancangan sabotaj ke atas Paula, si gebu yang teramat diva.

Kisah mencuit hati ini sarat pengajaran, tentang keikhlasan manusia dalam menjaga haiwan amanah Tuhan. Bacalah dengan gaya paling diva sambil memeluk kucing kesayangan masing-masing ya!