Description

Sinopsis

Seramai sepuluh orang pelajar tingkatan empat dipilih untuk menjadi peserta bagi Kem Bina Si Cemerlang selama tiga hari di Raub, Pahang. Tahun ini, pihak pengurusan kem menggunakan Projek Permainan Video Berperanan Strategi (PVBS) ciptaan Dato Muaz, saintis komputer yang terkenal, sebagai modul kem. Peserta akan menjadi pemain digital di dalam PVBS yang berkonsepkan strategi tempur secara berkumpulan.

Ash, Kapten Astralegion, tergugat dengan Violet Shooter yang diketuai oleh Nisa yang mempunyai ahli skuad yang berbakat dan berdisiplin tetapi bertentangan dengan ahli Astralegion yang sentiasa bermasalah. Faiz, ahli Astralegion, sering tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinan Ash.

Sikap Faiz dan kekalahan Astralegion membuatkan Ash ragu-ragu dengan jawatannya sebagai kapten. Adakah dia salah mengatur strategi atau tidak layak untuk menjadi kapten? Tanpa Ash sedari, ada sesuatu yang bakal menguji Ash dan rakan-rakan di dalam PVBS. Lagi-lagi melibatkan nyawa sebenar. Berjayakah Kapten Ash dan pemain lain mengharungi ujian itu?