Description

Sinopsis :

Inilah kisah Mimi Monira, kisah seorang remaja berbadan besar. Memasuki sekolah baru di Sri Bangsar, malangnya tersilap langkah. Mimi tersalah duduk di tempat larangan. Tempat duduk VIP dikhaskan untuk para pelajar popular, atlet ternama dan ahli pancaragam semata-mata. Bukan untuk budak baru yang XXL saiznya!

Atas sebab itu, Mimi dipangkah mati namanya. Lebih-lebih lagi apabila berani-berani berbalas kata dengan The Wannababes, kumpulan paling popular di Sri Bangsar.

Pada ketika itu, buku takdir sudah tertulis… satu pembulian kejam akan berlaku bertubi-tubi. Diserang, diejek dan disindir… Mimi Monira terpanggil untuk mempertahankan diri. Dia bangkit mahu melawan. Dia mahu membuktikan, bukan The Wannababes sahaja boleh merancang pelan sabotaj, dia pun boleh! Malah lebih licik dan tidak disangka-sangka mengena sekaligus tujuh ahli The Wannababes. Peristiwa balas dendam itu bukan setakat disaksikan oleh warga Sri Bangsar, malah turut melibatkan jemputan-jemputan dari sekolah luar!

Atas segala kezaliman dan pembulian yang diterima oleh Mimi, wajarlah dia berdendam. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara, sepatutnya dia melaporkan isu itu kepada guru dan pihak atasan. Bukanlah mengambil tindakan sendiri yang mengikut perasaan.

Buku BULI ini sememangnya ditulis bagi menelusuri hati dan perasaan mangsa buli dan bagaimana kaedah sebenar mahu mengatasi buli.