Antologi Cerpen Karya SIngapura : Peperiksaan Akhir (bulk)

Home » Products » Antologi Cerpen Karya SIngapura : Peperiksaan Akhir (bulk)

Antologi Cerpen Karya SIngapura : Peperiksaan Akhir (bulk)

$110.00

260 in stock

Bulk Purchase : 10cp/set

Price : $110.00 for 10 copies

 

 

260 in stock

Description

Antologi  Cerpen Karya Singapura : Peperiksaan Akhir memuatkan 6 cerita pendek yang menarik. Sesuai untuk pelajar darjah 6 dan menengah 1.

Blurp :

“Ika sangat sedih. Ika sayang Nenek. Mengapa Nenek berubah? Nenek tidak sayang Ika lagikah?”

 –Ika Sayang Nenek –

  

“Aisha, lari!” Aisha terkejut oleh jeritan Kim, saat pintu lif terbuka. Aisha ternampak akan  peristiwa yang amat menakutkan….

 –Kejadian Ngeri Di Planet Marikh –

 Haziq ingin menjadi terkenal seperti watak Pewdie Pie dan Mr Beast. Ada sahaja video baharu yang menarik yang dimuat naik oleh mereka. Haziq ingin meniru gaya mereka yang mempunyai ramai pengikut.

   Menjadi Youtuber Terkenal –

 “Sudah seminggu saya mengekori Syafik setiap kali tibanya waktu rehat dia akan ghaib dari stor.  Saya terkejut apabila melihat Syafik  sampai dahulu ke kelasnya sebelum saya  masuk ke kelas saya sendiri. Ghaib! Apakah misteri Syafik , saya tertanya-tanya, saya kebingungan!”

 –Misteri Syafik –

 “Kakak, tadi,  Man nampak ada seorang pak cik mencuri makanan yang kita tak habiskan tadi. Pakai songkok macam orang alim, tapi mencuri! Sudahlah keadaannya selekeh, songkoknya lusuh pula ‘tu. Sebelum pekerja di restoran itu keluar, cepat-cepat dia beredar,” kata Sulaiman.

 –Pak Cik Bersongkok Lusuh –

 

Ali membelek-belek kertas peperiksaannya. Dia membaca setiap soalan satu per satu. Dia betul-betul tidak dapat mengingati apa-apa pun yang telah dipelajari. Dia gugup.  Lututnya terasa longgar. Nafasnya mula kencang. Pelitup mulut dan hidung yang dipakainya kembang kuncup dengan cepat. Tompok-tompok peluh kelihatan jelas pada bajunya.

 –Peperiksaan Akhir –

 

Title : Antologi Cerpen Karya Singapura : Peperiksaan Akhir

Judul -judul dalam buku ini :

  • Menjadi Youtuber Terkenal
  • Ika Sayang Nenek
  • Kejadian Ngeri di Planet Marikh
  • Misteri Syafik
  • Pakcik Bersongkok Lusuh
  • Peperiksaan Akhir

Author :Rozanah Binte Kasnan, Dr Hirman Mohamed Khamis, Mohammad Sairi , Hana Mohd dan Djohan Abd Rahman

Isbn :  9789811810398
Format : Book
Physical Descriptions :Pages : 61 / Size : 14cm x 19cm
Category : Cerpen

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.