Description

Siri Penyiasat Cilik

Misteri kali ini bermula dengan kehilangan ayam ternakan Pak Dolloh. Ada ayamnya yang mati dan ada juga yang hilang tanpa dikesan. Indra dan sahabat-sahabatnya nekad mahu membantu Pak Dolloh untuk menyelesaikan misteri tersebut. Mereka mula merancang strategi untuk menyelesaikan misteri yang berlaku direban ayam Pak Dolloh. Malangnya, mereka menemui jalan buntu. Belum selesai misteri sedia ada, Kampung Parit Ketumbit gempar lagi dengan kemunculan dua entiti aneh.Kemunculan kelibat ayam putih dan lembaga putih. Dari mana datangnya ayam putih itu, adakah ia sejenis mahkluk albino atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan lembaga putih yang menyeramkan itu? Adakah ia punca utama kehilangan dan
kematian ayam ternakan Pak Dolloh? Meskipun sukar, Indra, Kuppan dan Cha tetap bersemangat untuk membantu Pak Dolloh menyelesaikan misteri yang menimpa ayam ternakannya sekali gus menjawab persoalan misteri dua entiti aneh yang berlegar-legar di Kampung Parit Ketumbit.

Tajuk : Misteri Lembaga Putih

Saiz : 19cm x 12.5cm
Jumlah Muka surat : 103
Tarikh Terbit : 2022

L : F4